Ahad, 28 Ogos 2011

POPIA BOLOGNESE

Ok, resepi pertama dlm blog aku ni...Popia Bolognese..Ceh pandai abg bagi nama...sja nak bagi terliur,bg yg paham la..yg tak paham tu leh tgk gambar k..hehe..memang mantap popia ni bila dilawankan dengan sos...aku pun tak tertahan dengan godaan makanan ni..lagi best bila makan waktu tgh hujan, tak pun masa minum petang..klw boleh dah tak nak makan nasi lagi, nak makan popia je haha...mudah je resepi, sbb orang bujang mcm aku ni suke yg simple2...aku dah lama buat popia, macam2 jenis..tapi ni la yang paling terbaik..

Popia Bolognese

Bahan-bahan :

1) 500 gram/50 keping Kulit Popia segera (terpulang nak berapa banyak)
2) 300 gram daging lembu cincang (ayam pun boleh)
3) 200 gram sayur campur
4) 2 biji telur
5) 2 sudu besar sos tomato
6) 2 sudu besar prego sos (sos spaggeti)
7) 1 sudu besar gula
8) 1 atau 1/2 sudu teh garam
9) 200 gram cheese/12 slices
10) serbuk lada hitam/putih
11) bawang besar yang dicincang halus

cara-cara membuat inti :


panaskan minyak dengan kuantiti yg sedikit dan api yang sederhana besar

1) Mula-mula goreng dulu telur dan buat mcm scrambled egg, asingkan dari kuali.
2) Goreng daging cincang bersama bawang besar yang telah dicincang halus, agak daging tu dah masak.
3) Lepas tu masukkan semula scramble tadi bersama sayur campur..tapi aku lebih suka letak scrambled egg tu bila nak balut ngan kulit popia nanti.
4) Masukkan sos prego dan sos tomato.
5) letakkan garam,gula,serbuk lada hitam.

*bila yakin dan pasti masak,boleh la kita bungkus ngan kulit popia tu hehe

langkah seterusnya :

1) sebelum meletak inti dalam kulit popia, letak dulu 1 slices cheese dan klw nak jimat potong 3 cheese tu hehe
2) dah siap bungkus inti tu..boleh la goreng.

* goreng dengan minyak yang banyak dan api yang sederhana besar

Selamat Mencuba hehe...





aku terpaksa gunakan daging ayam hehe..




stail org lelaki balut inti popia hehe..nampak cheese tu aku kerat 3, baru dia faham erti penyesalan hehe..





jeng3!! cantek x?? hahaha..





siap untuk dimakan..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan