Ahad, 28 Ogos 2011

POPIA BOLOGNESE

Ok, resepi pertama dlm blog aku ni...Popia Bolognese..Ceh pandai abg bagi nama...sja nak bagi terliur,bg yg paham la..yg tak paham tu leh tgk gambar k..hehe..memang mantap popia ni bila dilawankan dengan sos...aku pun tak tertahan dengan godaan makanan ni..lagi best bila makan waktu tgh hujan, tak pun masa minum petang..klw boleh dah tak nak makan nasi lagi, nak makan popia je haha...mudah je resepi, sbb orang bujang mcm aku ni suke yg simple2...aku dah lama buat popia, macam2 jenis..tapi ni la yang paling terbaik..

Popia Bolognese

Bahan-bahan :

1) 500 gram/50 keping Kulit Popia segera (terpulang nak berapa banyak)
2) 300 gram daging lembu cincang (ayam pun boleh)
3) 200 gram sayur campur
4) 2 biji telur
5) 2 sudu besar sos tomato
6) 2 sudu besar prego sos (sos spaggeti)
7) 1 sudu besar gula
8) 1 atau 1/2 sudu teh garam
9) 200 gram cheese/12 slices
10) serbuk lada hitam/putih
11) bawang besar yang dicincang halus

cara-cara membuat inti :


panaskan minyak dengan kuantiti yg sedikit dan api yang sederhana besar

1) Mula-mula goreng dulu telur dan buat mcm scrambled egg, asingkan dari kuali.
2) Goreng daging cincang bersama bawang besar yang telah dicincang halus, agak daging tu dah masak.
3) Lepas tu masukkan semula scramble tadi bersama sayur campur..tapi aku lebih suka letak scrambled egg tu bila nak balut ngan kulit popia nanti.
4) Masukkan sos prego dan sos tomato.
5) letakkan garam,gula,serbuk lada hitam.

*bila yakin dan pasti masak,boleh la kita bungkus ngan kulit popia tu hehe

langkah seterusnya :

1) sebelum meletak inti dalam kulit popia, letak dulu 1 slices cheese dan klw nak jimat potong 3 cheese tu hehe
2) dah siap bungkus inti tu..boleh la goreng.

* goreng dengan minyak yang banyak dan api yang sederhana besar

Selamat Mencuba hehe...





aku terpaksa gunakan daging ayam hehe..




stail org lelaki balut inti popia hehe..nampak cheese tu aku kerat 3, baru dia faham erti penyesalan hehe..





jeng3!! cantek x?? hahaha..





siap untuk dimakan..






Sabtu, 27 Ogos 2011

Meh borak2 dulu hehe

Assalammualaikum..waduh2,blog memasak la pulak..tau masak ker??? masak pe?goreng telur?rebus air?haha...kali ni aku sja nak cuba kelainan..asyik duk ngumpat pasal org len je...apa kata kita main masak2 lak..mana la tau kot2 leh jd terer macam chef 1 tu...jgn lak korang takut nak cuba resepi aku ni..insyaallah selamat dan berkhasiat..yg penting HALAL...hehe...nama pun dah daus resepi, mesti korang pikir, ala masak simple2 je tu..kira ok pe simple..nanti aku wt nasi beriyani gam,korang tak percaya la pulak hehe...aku sja nak kongsi ilmu ngan korang sumer..sbb ramai member aku tak tahu masak hehe..nak ajar dpn2 tak sempat la..aku ajar secara halus je ni huhu..ni blog kedua aku, yg pertama tu dah delete sbb terlalu complicated, (cehh padahal takde masa nak update)..ni aku buat blog yang bleh update..ada bahan, siap utk santapan huhu..lagi baper hari nak raya ni aku sempat cipta resepi baru, smlm baru buat, Alhamdullilah berjaya, sebab tgk adik aku mkn laju je..apa2 pun selamat berkongsi cita rasa la..mana la tau kot2 leh bukak warung plak hehe..

ketam goreng butter..Walaahh (belum campur butter lg ni)